Sunday, August 7, 2011

something unique?

kadang-kadang sebagai raja sehari,anda tentu mahukan sesuatu memori yang dapat di kenang oleh tetamu anda...puas memikirkan, menyelak setiap helaian majalah-majalah pengantin, membuat carian di google dan juga banyak bertanya kepada rakan-rakan yang sudah berkahwin....maybe ideas kat bawah nie buleh membantu anda?






badges utk family

kenangan dari tetamu



yummy desert tables






berminat nak deco seperti itu di wedding anda? email

eventhousemalaysia@gmail.com or call 0108923996

Wednesday, August 3, 2011

nak kahwin tapi bagaimana nak merancang?

assalamualaikum,

yehhuuu setelah berbulan kini blog ini bakal beroperasi semula, okeh tajuk di atas begitu simple...nak kahwin tapi bagaimana nak merancang? well ladies and gentleman...kat bawah nie maybe ader tips yang buleh membantu kalian untuk merancang dengan lebih teliti lagi..




12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

· Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan

· Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan

· Menentukan gaya serta tema majlis persandingan

· Mengaturkan bajet

· Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda

· Mengumpul nama tetamu

· Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis

· Memilih cincin pernikahan

· Memilih kek pengantin

· Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

· Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).

· Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)

· Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam

· Menghubungi saksi pernikahan

· Membuat rawatan ke spa

·

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

· Menyenaraikan nama tetamu

· Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis

· Merencanakan bulan madu

· Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh

· Memastikan rawatan spa secara intensif

· Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap

· Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

· Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh

· Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul

· Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan

· Menempah penginapan untuk percutian bulan madu

· Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap

· Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung

Wednesday, April 6, 2011

entri baru

cikpah si wedding planner...

wah...tajuk blog saja sudah banyak persoalannya...yerp nama saya sharifah nur safina..anda2 semua buleh saja panggil saya nana. YES...nana...its simple, short and sweet.

Planner?
kenapa dan kenapa saya suka tugas nie? kerana ini adalah passion saya..saya buat ini bukan hanya kerana keuntungan semata tetapi apa yang saya cari dalam hidup saya. Setiap orang ada jalannya dan saya? saya memilih untuk menjadi perancang majlis..


Apa yang menariknya blog saya ini?

Catitan peribadi saya mengenai tugasan saya, karenah pelanggan,tips dan pelbagai lagi yang saya akan kongsi..saya mengaku saya masih baru lagi dalam bidang ini..bak kata omputih..im newborn in this field..just gimmie time..and i will grow and bloom...

nantikan entri seterusnya..


xoxo,

cikpah